Orang Indonesia

Orang Indonesia adalah warganegara atau rakyat Indonesia[1] tanpa mengira latar belakang kaum, etnik atau agama mereka.[2][3] Terdapat lebih dari 600etnik[4] di Indonesia, menjadikannya negara kepulauan multibudaya dengan kepelbagaian bahasa, budaya dan kepercayaan agama. Penduduk Indonesia menurut banci nasional 2010 adalah 237.64 juta[5], dan dianggarkan mencapai 255.4 juta pada tahun 2015.[5] 51% tinggal di Pulau Jawa, pulau paling ramai penduduk di dunia.[6] Kira-kira 95% Indonesia adalah orang asli Indonesia (sebelumnya diklasifikasikan sebagai "Orang Asli"), dengan majoriti orang Jawa[5] dan 15% orang Sunda, sementara 5% lainnya adalah orang Indonesia keturunan asing, seperti orang Cina Indonesia. Salah satu makanan utama orang Indonesia adalah tempe[petikan diperlukan] terbuat dari kacang kedelai yang ditapai, dibentuk menjadi kiub yang kemudian dimasak untuk pelbagai hidangan. Hidangan ini paling biasa di Indonesia Barat.